Kehidupan Wahab Akbar

Wahab Akbar dilahirkan di Lantawan, Basilan yang mana bapanya Hadji Mohtamad Salajin, berkhidmat sebagai datuk bandar pertama di sana.[2] Beliau belajar dalam bidang pertanian di Universiti Gregorio Araneta (kini Universiti De La Salle Araneta)[2], namun tidak menamatkan pengajian.[3] Sebagai ahli Parti Liberal, Akbar pertama kali dipilih sebagai gabenor Basilan dalam pilihan raya umum 1998. Beliau dipilih semula dalam 2001 dan 2004.

Secara perlembagaan, Akbar dihalang dari memasuki penggal ke-4 sebagai gabenor. Sebagai gantinya, beliau berjaya bertanding dalam pilihan raya untuk Kongres, mewakili satu-satunya daerah di wilayah kampung halamannya. Salah seorang isterinya memenangi pilihan raya untuk menggantikan sebagai gabenor.[4] Isterinya yang lain ialah datuk bandar wilayah Isabela City. Isteri ketiganya menjadi datuk bandar di Basilan.[4]

Beliau sering dituduh dikaitkan dengan Abu Sayyaf, kumpulan pemisah di Filipina.

Rujukan

WikiPedia: Wahab Akbar http://www.abs-cbnnews.com/topofthehour.aspx?Story... http://www.nytimes.com/2007/11/14/world/asia/14phi... http://www.time.com/time/world/article/0,8599,1683... http://newsinfo.inquirer.net/breakingnews/nation/v... http://newsinfo.inquirer.net/inquirerheadlines/nat... http://www.gmanews.tv/story/68565/Akbar-likely-tar... http://www.gmanews.tv/story/68571/Wahab-M-Akbar http://www5.gmanews.tv/blogs/joe-torres/archives/2... https://web.archive.org/web/20110727210354/http://...